Friday, May 5, 2023

Pukul Habis: Nota Pengarang



NOTA PENGARANG

Buku ini ialah sebuah kisah fiksyen perang antara Malaysia dan Singapura, yang diceritakan terutamanya daripada perspektif Malaysia. Pertempuran dalam novel ini melibatkan senjata-senjata yang terdapat dalam angkatan bersenjata kedua-dua negara pada masa penulisan dengan beberapa platform dan sistem (yang tidak beroperasi) ditambahkan untuk membuat cerita lebih menarik.

Konflik khayalan ini berlaku dalam dua bahagian. Prolog dan lapan bab pertama merangkumi Tempoh Ketegangan (Period of Tension, PT) dan aktiviti yang berlaku pada hari-hari terakhir kedamaian. Pertempuran sebenar bermula dari Bab 9. Senario yang membawa kamu ke pertempuran yang diperjuangkan di darat, laut, udara, dari angkasa dan di alam siber. Cerita ini cuba menggambarkan misi, taktik, medan, dan pengalaman peribadi pejuang dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika mereka mempertahankan Johor dari pencerobohan oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Perang seperti ini, secara semula jadi, akan melibatkan ribuan orang. Sistem pengurusan tempur, yang dikendalikan pada mod automatik sepenuhnya yang membuat keputusan dalam sekelip mata, diterangkan bersama pengendalinya kerana sistem tersebut memainkan peranan penting dalam peperangan ini. Gambaran perang dari perspektif pejuang dari pelbagai unit ATM akan berusaha menunjukkan kepada kamu betapa kompleks dan pelbagainya dimensi perang moden yang diperjuangkan di Semenanjung Malaysia.

Ketika idea utama cerita ini mula terbentuk, dalam imaginasi saya bertahun-tahun yang lalu, saya berhasrat untuk memulakan cerita kerana Dr Tim Huxley telah menggambarkan perang antara Malaysia dan Singapura dalam kajiannya, Defending the Lion City. Dr Huxley mengawasi disertasi ijazah sarjana saya di University of Hull dari 1995 hingga 1996. Walaupun senario masa perang membuat sebuah bacaan yang memukau, saya merasa bahawa ia tidak mempunyai unsur manusia – bagaimana prestasi pejuang sewaktu pertempuran, kabut perang dan nasib baik (atau musibah) berada di tempat yang betul (atau salah) di dalam sebuah pertempuran. Buku ini cuba menceritakan kisah itu. ATM dan SAF ialah seperti dua watak utama yang lengkok ceritanya bermula dari POT ke sebuah peperangan dalam jangka masa yang sangat singkat, menarik perhatian pembaca secara mengejut.

Berbebza dengan beberapa bahagian dunia di mana perang antara negara jiran difahami dengan baik (dan bahkan dijangkakan di beberapa kawasan), prospek perang antara Malaysia dan Singapura merupakan senario yang tidak terfikir dan memerlukan penjelasan. Bermula sebagai sebuah nota kecil berubah menjadi beberapa bab sehinggalah POT mengisi kira-kira sepertiga buku. Saya harap kamu dapat melihat setting latar berguna dalam membantu kamu mengggabungkan titik-titik untuk melihat bagaimana rentetan perbalahan dua hala dan siri peristiwa malang dapat menimbulkan konflik.

Saya berterima kasih kepada ramai individu dari Malaysia, Singapura dan tempat-tempat lain yang membantu saya mengembangkan cerita dan menelusuri kawasan-kawasan sensitif – yang banyak, sewaktu saya cuba menulis kisah perang seperti ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pakar senjata dari beberapa syarikat yang telah saya temui di pertunjukan pertahanan yang sabar menjawab soalan saya mengenai produk-produk mereka. Kepada semua kakitangan ATM dan SAF yang menjadi tuan rumah sewaktu pelawatan saya, terima kasih kerana berkongsi banyak perkara mengenari kerja dan kerjaya kamu. Terima kasih khas kepada Dr Mohd Hisham Mohd Anip dari MET Malaysia, dan Leftenan Caitlin M. Fine dari Pusat Amaran Taufan Bersepadu (JTWC) untuk panduan pakar mengenai masalah cuaca, dan kepada Kolonel Mohd Zamri bin Abdullah, bekas pegawai operasi di Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), atas kepercayaan dan persahabatan. Dan terima kasih kepada Darren kerana bersabar dengan saya sewaktu perjalanan-perjalanan kami ke utara.

Di mana sahaja kamu baca buku ini, saya berharap ceritanya dapat membantu kamu menggambarkan pertempuran dan memberi sedikit idea bagaimana unit tentera dikerahkan. Apabila sempadan dibuka semula dan perjalanan antarabangsa mula sekali lagi, saya harap kamu berpeluang mengunjungi Malaysia dan Singapura untuk melihat beberapa tempat yang disebutkan dalam cerita ini.

Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada isteri saya, Siok Ling, atas kesabarannya sewaktu penyelidikan cerita ini merenggangkan saya dengan keluarga seketika, dan juga atas dorongannya sepanjang perkembangan novel ini. Pertanyaan biasanya,”Bagaimana bukunya?”, memberi motivasi kepada saya untuk menyelesaikannya. Siok Ling secara senyap-senyap terus berasa yakin bahawa buku ini akan disiapkan, walaupun ketika penulisan menjadi perlahan atau ketika plot-plot memerlukan masa untuk dikembangkan. Saya telah baca banyak penghormatan yang serupa dari pengarang-pengarang lain kepada pasangan mereka dan akhirnya mengalami keadaan itu sendiri. Terima kasih yang tulus kepada banyak netizen yang menulis untuk menanyakan tentang kesihatan saya sewaktu blog saya sunyi seketika (kementah.blogspot.com), sewaktu saya menumpukan perhatian untuk menyelesaikan buku ini.

Saya harap kisah perang ini logis pada fikiran kamu dan cukup realistik, serta jalan ceritanya cukup menarik untuk terus kamu terus menyelesaikan pembacaan novel ini.

No comments: